Monday, August 23, 2010

DOA UNTUK ARWAH

bulan Ramadhan yang mulia ini, seorang
sahabat saya telah menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan
di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatiannya, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.
menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke
bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin
yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang
disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di
Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan
pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke
rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati
itu memberi hadiah untuk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan
sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dikuburan dan pulang semula ke Luh
Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan
bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa
hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah
bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan
dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang
mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Al-fatihah untuk abah(jaal bin kidam) dan kak ram (ramlah binti jaal)
semoga abah dan kak ram berada dalam keadaan sejahtera dan gembira di sampingNYA.Amin..

Wednesday, August 11, 2010

UCAPAN UNIK RAMADHAN 2010

Seronok dapat sms ucapan di bulan ramadhan.Ini antara ucapan yang nor terima.

Dari Jaal Pak Ngah

- terima kasih kepada anak-anak kapal semoga kita sama-sama selamat sampai ke destinasi insya'allah .ahlan wasyahlan ya ramadan.

Dari Jaja
- ya Allah.Perkayakan saudaraku ini dengan keilmuan.hiasi hatinya dengan kesabaran.muliakan wajahnya dengan ketakwaaan.serta terimalah ibadahnya dengan berlipat gandaan.Marhaban Ya Ramadan

Dari Jaal Pak Lang
- Salam,Selamat bersahur bersama keluarga semoga di berkati oleh Allah SWT Amin

Dari Kak Lang(ipar)
- Selamat bersahur dari akak sekeluarga

Dari Abu
- Jangan lupe ye..renew lesen mulut,serviskan hati,kawal kadar pencemaran mata & telinga,peliharalah enjin perut, tex minda & cukai kesabaran .selamat berpuasa

Dari Leha
- Selamat menaiki penerbangan Ramadhan Air, bernombor 1430H dengan tujuan IDHUL FITRI.Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar.. para penumpang di wajibkan untuk memasangniat puasa dan menegakkan kursi solat..Penerbangan ini bebas asap Perselisihan ..Saya selaku anak kapal yang bertugas mengucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Dari Shamrok
- Tiada hari seindah jumaat, Tiada kata seindah zikir, Tiada ibadah seindah Solat, Tiada bulan seindah Ramadhan

Dari Jaal Pak Uda
- Semoga 1 bulan mendatang penuh kesabaran, 4 minggu keimanan, 30 hari keberkatan, 720 jam kasih sayang dan 43200 saat penuh senyuman...Salam Ramadhan al-mubarak

Tuesday, August 3, 2010

GENG DONUT



kelas donut dihadiri 5 orang pelajar.seronok dapat ilmu dengan anak toke kedai kek iaitu along 2 dari kanan.apron hijau tu liza kerja kat RHB klia terminal.pasal le macam kenal masa mula-mula masuk tu..cit-cat rupanye kerja tempat yang sama.yang apron merah tu siape lagi nor le..nor dengan liza je excited pakai apron.maklumlah donut menu favourite.yang lebih menguli pun muka 2 orang ni le sebab pakai apron..dah kena kerja lebih. tapi berbaloikan liza